We Are Bestie Since 2010 ♥ LOVE

Sunday 5 June 2011

Bilakah Penderitaan Ini Bakal Berakhir ?

Bilakah Penderitaan Ini Bakal Berakhir Terhadap Diriku Ini ? Itulah yang ingin aku coretkan di dalam blog aku dan rakan - rakan ku ini .. Itulah yang sering tertanya - tanya di dalam fikiran ku .. Aku juga seperti orang lain , ingin kan kebahagiaan .. bukannya terus mengalami penderitaan .. bukannya terus bersedih .Kadang - kadang aku gembira tidak sampai sehari .. Tapi , aku sedih , aku menderita amat lama .. Kadang - kadang aku rasa hidup aku sudah tiada gunanya , aku rasa sudah tidak berdaya dan tidak larat lagi .. Aku tahu dugaan yang ALLAH bagi pada diriku ini pasti ada hikmahnya .. namun , bilakah semua ini bakal berakhir ? Rakan - rakanku selalu mengatakan aku ini KUAT , sebab kalau mereka , mereka akan kutuk , akan hina dan buat macam - macam lagi kepada orang yang sudah membuat kan hidup aku penuh dengan derita .. Diluar aku KUAT , namun didalam hati aku ini , hanya ALLAH sahaja yang tahu betapa lemah nya aku ini .. Aku bukannya jenis yang suka bergaduh .. Aku pun tidak tahu kenapa aku terlampau hormat dengan dua orang itu ( SH ngan Kak Dyh ) .. Sampai aku takut untuk menegakkan kebenaran .. Aku juga tidak faham dengan perasaan mereka .. Mereka selalu mencari kesalahanku .. Aku tidak faham kenapa aku sahaja kena faham perasaan mereka berdua namun adakah mereka memahami perasaanku ? Walaupun mereka melayanku sampai sebegini , namun aku tetap bersabar malah aku tetap menghormati mereka ..Hidup aku ibarat sudah berakhir .. Ibarat tidak tentu arah .. Kalau lah mak dan ayah aku tahu apa yang terjadi kepada diriku ini .. Disebabkan mereka hidup aku jadi tidak kuat untuk hidup .. Disebabkan mereka hidup aku penuh dengan derita .. Disebabkan mereka hidup aku jadi kacau-bilau .. Disebabkan mereka aku selalu sakit .. Disebabkan mereka hidup aku jadi tidak tentu arah .. Disebabkan mereka aku selalu menangis .. Disebabkan mereka aku bukan lagi Nurul Amirah Farhanna yang dahulu .Pasti mak dan ayahku ingin berjumpa dengan mereka dan menyelesaikan masalah ini .. Biar lah aku terus merahsiakan masalah ini .. Dalam rumah ku ini , hanya seorang sahaja yang tahu akan masalah ku ini , iaitu bibik aku .. Dia selalu mendengar masalah ku ini .. Memberikan aku nasihat .. Dia cakap aku ini terlampau tabah , kalau dia sudah lama dia maki - maki mereka berdua tu .. Aku sebenarnya tidak lah setabah yang mereka sangkakan .. Tahun ini aku merasakan tahun paling malang yang pernah aku alami .. Tahun yang penuh dengan derita .. Tahun yang penuh dengan kesedihan .. Tahun yang penuh dengan penyiksaan .. Tahun yang paling aku BENCI ! Aku selalu melihat diriku ini .. Apa yang sudah jadi dengan dirimu ini wahai Nurul Amirah Farhanna ? Apa yang membuatkan kau jadi tidak KUAT lagi ? Semasa kita tidak berdaya lagi , semasa kita lemah .. Kita dapat melihat siapakah yang banyak memberi dorongan kepada kita , memberikan nasihat kepada kita .. Orang itu lah yang amat menyayangi diri kita . Aku tahu kita hidup di dunia ini hanya sementara tidak lama .. ALLAH ingin menguji hamba - hambanya .. Tiada guna nya kita hidup di dunia ini lagi .. Sekira nya ramai orang membenci diri kita .. Di saat kita lemah , hanya ada satu ayat yang terlintas dalam fikiran kita iaitu MATI .. Aku juga ingin mati .. Itu lah ayat yang terlintas di dalam fikiran kita .. Walaupun dosa sekiranya kita bercakap begitu .. Namun itu sahaja yang mampu kita ucapkan .. Buat apa lagi kita hidup dengan penuh penyiksaan ? Dengan penuh derita ? Dengan penuh kesedihan ? Daripada bulan Mac hingga sekarang hidup aku penuh dengan derita .. Aku gembira sebentar sahaja .. Semasa aku hendak menjawab Peperiksaan Pertengahan Tahun pun susah untuk aku berfikir kerana dalam otakku ini berfikir benda lain .. Aku merasakan bahawa PPT ini markah aku amat teruk .. Kerana masa itu juga aku memikirkan banyak benda ... Masa itu juga aku mengalami masalah .. Sebelum menjawab periksa air mataku mengalir dengan deras .. Hati aku tidak tenang semasa itu ..Aku ingin sekali pindah sekolah .. Aku tidak peduli sekolah mane asalkan aku tidak lagi bersekolah di SMKPP .. Namun , itu semua hanya angan - angan yang tidak mungkin tercapai .. Angan - angan itu hanya tercapai semasa aku berada di Tingkatan 4 .. Apabila aku Tingkatan 4 aku memang akan pindah , kerana mak aku tidak kasi aku bersekolah di sini lagi .. Namun , lagi berapa tahun aku harus menderita di sini ? Lagi 3 tahun lebih aku harus bertahan , Aku harus terus menderita , Aku harus terus menangis .. Tetapi aku tidak akan berhenti untuk terus memujuk mak aku menukarkan sekolah aku .. Masih ada banyak sekolah menengah lagi .. Di Cyeberjaya ada .. Dulu sebenarnya mak aku ingin aku bersekolah di sana tetapi tidak jadi .. Di Puchong Utama bnyk lagi sekolah menengah .. Aku rasa di sini sekolah Cyeberjaya sekolah yang paling tenang .. Walaupun kita pindah sekolah mana pun hati kita tidak akan tenang .. Mungkin di sekolah baru kita akan mengalami masalah yang lagi teruk sebab kemungkinan orang ramai membenci kita .. Namun , aku tidak peduli akan masalah itu lagi .. Aku hanya ingin pindah sekolah .. Itu sahaja satu - satu nya harapan aku .. Bila kita tengah sedih macam - macam kita rasa ..Macam - macam kita cakap .. Hidup kena KUAT .. Aku bersyukur dapat kawan - kawan yang ambil berat tentang aku .. yang baik dengan aku .. Aku juga bersyukur punya sebuah keluarga yang ambil berat tentang aku .. yang amat menyayangi aku .. Mak aku pun sayang sangat dengan aku sekarang ... Aku minta apa - apa pun mesti dia belikan .. Kalau tahun lepas aku dilayan sebiji macam anak tiri ..Namun , tahun ini aku dilayan amat baik sekali oleh keluarga aku .. Tapi , di sekolah aku amat - amat tersiksa .. Aku rasa sangat - sangat tidak seronok .. Aku fikir seronok rupa -rupanya tidak seronok langsung .. Sekolah rendah paling - paling best .. Sekolah menengah rasa tersiksa sangat .. Memang tidak boleh dinafikan cikgu - cikgu dekat sekolah menengah baik sangat dengan aku .. Aku ramah mesra dengan ramai cikgu .. Cikgu yang garang pun aku baik dengan mereka .. Itu memang aku bersyukur sangat .. Tapi , murid - murid yang sekolah dekat situ ? Jangan cakap lah .. Semenjak aku kenal dengan mereka itu (fikir lah sendiri sape) hidup aku selalu dibelenggu dengan masalah .. penuh dengan penyiksaan .. penuh dengan derita .. penuh dengan kesedihan .. Walaupun kadang - kadang aku patah semangat .. Bila kita dibelenggu dengan penuh masalah , pasti kita akan patah semangat .. Jangan dinafikan akan hal itu .. Semua orang pasti macam itu ..

No comments:

Post a Comment