We Are Bestie Since 2010 ♥ LOVE

Sunday 5 June 2011

Penderitaan ...

Tidak ku sangka penderitaan hidupku bakal berakhir. Aku kelaskan diriku bakal mengecapi kemerdekaan abadi sementara.Pelik bunyinya,tetapi itulah kebenarannya. Kebenaran yang hanya boleh di tafsirkan oleh sesetengah individu sahaja. Bukan aku tidak sudi menceritakan segala-gala berkenaan diriku di sini tetapi apabila memikirkan tentang kesan dan impak yang bakal terjadi secara automatik niatku terbantut secara serta merta.

Tetapi apa yang aku mahu tekankan disini ialah penderitaan hidup aku inilah yang memberi aku seribu makna. Memberi aku erti hidup yang sebenar-benarnya atau lebih tepat mengajarku tentang kehidupan yang lebih realiti. Pada umumnya, di mata masyarakat aku dilihat seorang yang gagal. Tetapi hal ini tidak sedikit pun menjadi noktah pengakhiran dalam hidupku. Andai aku terjatuh terjelepuk sekali pun aku akan terus berusaha untuk berdiri dengan gahnya. Tiada sesiapa di dunia ini yang boleh membuatkan aku putus asa dengan mudahnya.

Di saat kita lemah, kita dapat lihat dengan jelas siapa yang banyak memberi dorongan dan juga siapa yang bertepuk tangan atas kelemahan kita. Bukan aku ingin semua orang di dunia ini sentiasa memberi sokongan kepada aku tetapi cukuplah dengan mengambil sikap sedikit prihatin terhadapku. Hal itu sudah cukup untuk membuatkan kelenjar air mata aku runtun dengan serta merta.

Aku mula menyedari di dunia yang serba-serbi canggih ini aku harus bersaing. Tidak cukup dengan hanya bersaing aku haruslah sentiasa mempamerkan segala kelebihan aku dan jauh sekali untuk berada di zon selesa.

Aku tidak mengimpikan kejayaan yang terlalu besar. Cukuplah bagiku, jika dapat mengembirakan kedua orang tuaku. Ini tidak bermakna aku tidak bercita-cita tinggi, tetapi secara hakikatnya aku harus terus berusaha kuat agar segala yang dimpikan tergapai jua suatu hari nanti. Semoga apa yang diimpikan aku tercapai juga akhirnya.Hanya kepada Allah aku meminta pertolongan dan kepada Nya jua aku berserah. Amin..

No comments:

Post a Comment